Welcome

Messages

Beyond


Links
Cubaan si pipit | Wednesday, June 3, 2015




Assalamualaikum

Saat yang lain menebarkan sayap menjadi helang, si pipit ini masih bertatih, dalam usaha untuk berbakti pada yang memerlukan. Malam ni menulis sambil dengar Soutul Mujahideen, sebab rindu bumi waqafan T-T

Alhamdulillah dah selesai program 4 hari kat sekolah lama, kemain nama program dia, "Grab The Moon" Hahaha ni keje bebudak ni la bagi nama suka hati je. Sebenarnya memang tertulis dlm wish list pun, nak pegi sekolah tolong cikgu-cikgu, cuba jadi 'Alumni yang berbakti' gittew. So bila diorang ajak jadi fasi untuk program ni memang saya tidak dapat menahan rasa keterujaan dalam hati haha. Walaupun saya dah jadi alumni sekolah awal-awal lagi, yelah lepas form 3 dah keluar sekolah en. Tapi diorang panggil jugak untuk tolong adik adik muehehe.

Alhamdulillah, ya Allah memang rasa syukur sangat lah sebab semuanya Allah permudahkan. Walaupun kena ajar balik addmaths, chem, bio, physics SPM yang mcm dah agak kabur gara-gara pendekatan berbeza waktu asasi ni, alhamdulillah adik adik bagi kerjasama yang memang daebak lah! Hehehe. Mula-mula cuak jugak sebab macam ingat-ingat lupa je silibus form 4 form 5 ni, tapi bila duduk dengan diorang, jawab soalan sama-sama, perbincangan tu memang 'hidup' lah. Takde lah krik krik sangat eheh. Walaupun ada sesetengah tajuk yang diorang blur-blur, tapi bila ditanya memang diorang cuba untuk jawab, dan bila kita explain alhamdulillah diorang dapat terima. Part yang susah skit sebabnya diorang belajar semua subjek ni dalam BM so nak translate term BI ke BM tu, kita pulak yang terkial-kial mencari perkataan tu ahaha. Completing the square - penyempurnaan kuasa dua, haha.

Last sekali cikgu bagi borang feedback kat diorang, taktahu lah en diorang kasi feedback cemana pasal program ni. Lagi-lagi dengan Kak Farah ni, bila diorang tanya bukannya nak jawab, instead ditanya balik soalan kt diorang hahaha. Memang saja je buat mcm tu, sebab rasanya cara camtu akan buat diorang lagi faham. Biasanya student ni dah faham dah basic concept, cuma kadang-kadang tak yakin, ragu-ragu, ada konfius sikit kat sana sini. So bila kita tanya balik kat dia dan mintak dia cuba explain dulu apa yg dia faham instead of terus bg jawapan kt dia, insyaAllah dia boleh nampak sebenarnya dia kurang jelas bahagian mana, pastu senang sikit nak bagi clear konsep2 tu dan susun all the jigsaw puzzle pieces. Cara macam ni saya belajar dari cikgu fizik paling best paling syok, Cikgu Shafinar Haron hehehe. Memang ingat sampai bila-bila. Mula mula memang cuak, tak berani nak gi tanya sbb nanti kena tanya balik. Tapi bila cikgu buat cmtu, mmg lagi senang faham, and mula dr situ memang jd minat gila physics ^_^

And one thing, bila join program dengan adik-adik ni, mesti Farah Eliessa ni jadi di kalangan adik adik jugak. Hahaha ya Allah keciknya rasa bila adik adik form 5 jauh lebih tinggi. Hari tu dgn adik adik sek rendah takde la obvious sangat, kahkah. Walau apa pun, kak Farah tetap sayang adik-adik. Hehehe.

Semoga usaha kecil kita ini diberkati, dan dapat memberikan impak yang besar pada mereka yang memerlukan. Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan, menjadikan kita hamba yang bermanfaat buat hamba yg lain. Kerana sesungguhnya, diri kita ini bukan lah milik kita, tapi kita ini hambaNya yang dicipta buat ummah, buat mereka yang lain.

Have a lovely day everyone! May Allah bless.




Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout