Welcome

Messages

Beyond


Links
Perginya Sang Murabbi | Friday, February 13, 2015

Assalamualaikum

"Jadilah kita seperti Abu Bakar yang mengingatkan ummat perjuangan wajib diteruskan walau setelah kewafatan Nabi.

Jadilah kita seperti Umar al-Khattab yang mengingatkan umat setelah wafatnya ar-Rasul betapa kritikal tanggungjawab kita mempunyai dan mengekalkan khilafah.

Jadilah kita seperti tentera Usamah yang kekal berada di ribat perjuangan Islam walau mendapat berita sedih pemergian pemimpin mereka, kekasih Allah."

- Abdul Mu'izz Muhammad
S/U Lajnah Tarbiyah, Pemuda PAS Malaysia.

Antara kiriman whatsapp yang paling terkesan di hati lepas dapat berita pemergian TGNA semalam. Sebenar benarnya memang tulah yang dirasakan. Seolah olah dapat selami sikit perasaan para sahabat di kala kewafatan Rasulullah dulu.

Kehilangan seorang pemimpin, seorang ulama' yang besar ertinya dlm hati setiap orang, bukan setakat di hati penduduk Kelantan je. Waktu-waktu mcm ni, alhamdulillah bersyukur sgt Allah kurniakan naqibat dan adik-beradik usrah yang memahami perasaan diri ni, yang menjadi tempat untuk sama-sama berkongsi kesedihan. Pada masa yg sama, turut membangkitkan kembali semangat, mengingatkan diri ini yg ini bukan penamat untuk perjuangan ni. Kita mungkin tak akan dpt lagi seorang figura yg sama seperti TGNA, tapi kita masih ada pimpinan, dan jadilah kita dalam kalangan orang-orang yg meneruskan rantai perjuangan ini.

Kata- kata Kak Farahin semalam, TGNA dah tenang di sana, tapi kita? Belum tahu lagi pengakhiran kita mcm mana. Apa pun, kita kena tetap teruskan perjuangan ni. Sebab penamat perjuangan bagi orang mu'min adalah kematian. Kak Tasneim pulak lepas selesai baca Yasin semalam, datang bisik , Takpe biarlah TGNA tenang berehat di sana. Allah :')

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.
Semoga Allah menempatkan ruh nya dlm kalangan org-org yg bahagia di syurga Nya,
dan matikan lah kami juga dlm kalangan orang beriman, dlm husnul khatimah.




Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout