Welcome

Messages

Beyond


Links
Carilah hikmahnya | Monday, April 21, 2014



Assalamualaikum.

Kadang tanpa sedar kaki ni melangkah ke dorm sebelah, berhenti pada katil di tengah dorm. Waktu petang macam ni tak ramai yang ada kat dorm. Entah kenapa, cuma rasa nak dengar dia cakap. Kata kata dia semua nya nasihat, lembut je bila dengar.

"Lisa ingat lagi tak janji kita waktu form 4 dulu?"

"Eh mestilah ingat. Janji nak masuk DQ sama sama en."

Dan aturan Allah itu tidak terjangka. Sorang tk dpt interview, sorang lg alhamdulillah dapat interview tapi takde rezeki jugak nak menuntut ilmu di bumi barakah tu.

"Ziha.. kita rasa kita dah tahu kenapa Allah tak izinkan kita masuk sana."

"Oh ye..kenapa?"

"Sebab.. kita tak layak nak jadi orang yang jaga ayat ayat Allah. Kita luahkan keinginan pada mulut tapi hakikatnya hati ni tak cukup rasa cinta lagi pada ayat Allah untuk jadi hammalatul quran."

Sambung lagi.. "Dan hammalatul quran ni mestilah hati kena suci en. Baru lah ayat quran mudah lekat, tak cepat hilang hafalan. Hati kita ni pulak, rasa kotor sangat. Cinta pada Quran entah lah pada level mana. Sebab tu kita tak layak, tak bersedia lagi untuk jaga ayat ayat Allah."

One thing that I love most about this girl. Bila orang luahkan, dia sabar je mendengar. No interruptings, just listening with pure devotion. Dan pape yang kita cakap pada dia, semuanya dia terima dgn positif.

"Hm kalau Lisa dh boleh nampak hikmah kenapa Allah tentukan macam tu, bagus lah. Sekarang bila kita dh sedar kelemahan kita, kita cuba la betulkan. Dan nanti, insyaAllah Allah akan anugerahkan sesuatu yg lebih baik."

Senang dan lapang hati lepas dah luahkan. Her words were truly soft and comforting.

"Thanks a lot Ziha." Senyum.

Hm harapnya suatu hari nanti aku dapat jadi lembut dan tenang mcm dia.
Orang lain tengok pun sejuk hati.
Walau hakikatnya solehah itu tidak lah senang dicapai.
Namun dgn usaha dan tekad, tidak mustahil kan?
Luahkan lah keinginan dengan hati , bukan sekadar pada tutur kata.



Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.





Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout