Welcome

Messages

Beyond


Links
Throw back. | Thursday, January 16, 2014

Assalamualaikum.

Bangun pagi pagi tetiba update blog. Pelik en. Hehe bukan apa, tetiba mcm teringat je kisas. Teringat kalau pagi yang ngantuk sangat tak leh tahan lepas solat Subuh, saya suka tidur sekejap sebelah Sheila Rozalia dan mintak dia tolong kejutkan lepas habis baca yasin. Even kalau lupa nk pesan pun, dia still akan kejutkan sy jugak . Hoho. Lama lama sy dah tak jadi nak tidur dan akhirnya join sekali baca yasin :)

Dan sepanjang form 4 form 5, dalam banyak banyak hari sekolah, hari Jumaat lah yang paling dinanti. Ehhe. Sape tak suka hari jumaat kan xP Sayyidul Ayyam , Yaumul Jumaah Mubarakah. Tapi yang paling penting, hari Jumaat kelas sampai 12.30 tgh hari je. Hehe. Waktu sekolah kat Kelantan, tak rasa semua ni sbb Jumaat tu cuti weekend kan.

Kalau benda yg paling tak seronok waktu hari Jumaat pun setakat kena pakai kain Jumaat yang macam ... Haha tak tahu la nak kata apa. Yg penting tk selesa la kain tu. Takpun kena bersesak kat DUA waktu kuliah Jumaat. Selalu je end up duk kat tangga sbb pegi dewan kuliah lambat haha. Tapi kalau tajuk kuliah hari tu best, atau tgk movie yg seronok, jadi worthwhile la jugak even bersila kat bawah pun kan .

Antara kenangan hari Jumaat yg saya ingat, ada yang waktu first time meeting untuk Olimpiad dengan Cikgu Saadiah. Ehhe waktu tu outing Muslimin kot. Tapi tk ingat dah bulan berapa. Lepas pening kepala buat soalan Olimpiad yang macam ape tu, ikut Cikgu Saadiah pegi bilik dia untuk amik past year questions sikit. Waktu tu dah pukul 5 lebih, hampir pukul 6 dah kot. Jalan nak balik asrama, baru perasan ada game Liga Ukhuwah hari tu. Muslimat ada game bola tampar, Muslimin pulak main bola sepak. Ehhe tak ke pelik dengan baju kurung sekolah kain jumaatnya, bawak buku Olimpiad tebal tebal pastu pegi lepak tengok game bola tampar kat court. Heheh terkejut Kak Aishah dengan Kak Khalis tgk gue xP

Dan tiap tiap kali Jumaat, kalau giliran outing Muslimat, saya lah antara penghuni asrama yang tak outing. Heheh sejak duk kat sana, berapa kali je keluar outing. Regularly keluar pegi petronas kat sebelah je xP Hoho malas lah nk keluar kalau takde keperluan en. So biasanya hari Jumaat petang ni relax je la. Time ni laa nak basuh baju banyak2, call lama2 sbb takde orang kt asrama. Hehe seronok. Kadang kadang lepak kat kelas. Bukan buat hmwk ke revision ke apa pun, just saja je lepak kt kelas. Atau another option, pegi PERKISAS proses buku. Hihi tu lg seronok~

Hmm banyak juga kenangan hari Jumaat ye. Oh satu lagi, lepas habis kelas rushing pegi briefing Naqibat kalau malam tu ada usrah. Heheh. Dah la muslimin tgh kumpul kat CEO sblm pegi solat Jumaat. Sesak betul :-/ Kenangan en .




Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout