Welcome

Messages

Beyond


Links
Cerita Memberi | Wednesday, January 15, 2014


Assalamualaikum.

*********
Minggu pertama SPM dah berlalu. Break beberapa hari sebelum menanti paper seterusnya. Tengah hari, lunch di dewan makan. Selesai makan, bergerak ke gazebo F01, nak naik ke dorm.

Tengah kemas barang kat gazebo, ternampak Ain menuju ke gazebo. Sangat pemalu orangnya, tapi comel :3

Ain : Hai JUST, hehe. Kau dapat apa tu?

Ain biasa panggil saya 'JUST'. Mula mula cuak la juga dia panggil mcm tu, sebab ada muslimin sebatch yg namanya Justin. Takut orang salah faham . Ehhe. Tapi lama lama seronok bila didoakan sebegitu. JUST sbb Ain tahu saya nak ke JUST :)

FE : Family aku hantarkan hadiah . Sebab waktu majlis solat hajat SPM hari tu diorang tak dapat datang.

Ain : Ada apa dalam tu? *jenguk tengok kotak hadiah yg berbalut*

FE : Diorang hantar coklat banyak sgt. Dengan kad wish sekeping. Meh la Ain, amik la Ain nak yg mana ^^

Mulanya saya tunjuk pada Vochelle. Nak berikan padanya yang tu. Kemudian, terfikir lagi elok biar dia pilih sendiri. Hee :)

Ain : Seronoknya kau. Hmm.. aku nak yang ni boleh? *tunjuk Ferrero Rocher*

FE : Hee nah amik la . Amik banyak banyak pun takpe Ainnn.

Ain : Takpe lah satu pun dah cukup. Aku nak rasa je, Hee! Terima kasih FE~

Comel betul Ain ni. Dan entah kenapa , rasa seronok je. Ini ke yang orang kata nikmat memberi? Ehhe lalala~

************

Naik dorm , dan teringat pula nak pulangkan buku nota Munirah. Hmm another chance to give ey? Jalan ke dorm sebelah, pulangkan buku nota Mun, sambil selitkan a little 'surprise'. Hehe.

"Mun, kita dah siapkan dah buku Mun ni. Nah, ambil la coklat ni. A treat for you :)".

Dan sekali lagi. That pleasant feeling came. And my heart skipped a beat ^^

Kisah ini bukan diceritakan untuk menunjuk nunjuk. Jauh sekali. Sekadar nak berkongsi, kegembiraan memberi. Terutamanya pada mereka yg benar benar memerlukan.

Even if you get a box of chocolates , full with your favorite ones - Ferrero Rocher, Hershey's, Vochelle etc etc it'd be real pathetic to indulge it alone. Yes, it may be indulging but that way won't fill your heart with as much happiness as compared to when you share with others ;)

Lagi banyak yang anda dapat, lagi banyak yang anda miliki, lagi lah anda perlu memberi pada orang lain. Kerana walau sedikit mana pun yg kita miliki, percaya lah kita harus sentiasa bersyukur kerana pasti ada orang yg lebih kekurangan berbanding kita.

Teringat pula Al Kuliyyah yang saya dengar baru baru ni, Rasulullah SAW pada saat hampir kewafatan Baginda, Baginda hanya memiliki 7 Dinar dalam simpanannya. Lalu Rasulullah menyuruh Aisyah RA menyedekahkan 7 Dinar tersebut.

So you see it already ey? It's not about how much we have to give, but it's the heart that counts.

Sorry, my writing's were really bad these past few days. Hehe duk rumah goyang kaki, dah lama tak mengarang atau menulis. So nilah akibatnya! Duhh anyway hope you guys get the point :D






Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout