Welcome

Messages

Beyond


Links
Rewind | Wednesday, December 25, 2013


Assalamualaikum~

A lovely morning to everyone :) Hehe alhamdulillah seronok betul pagi ni ek. Ingatkan nak joging, tapi alang-alang public holiday hari ni, papa ajak main badminton. Hoho seronok jugak main dgn papa n abe xD teringat waktu balik rumah Shila time cuti raya haji baru ni, kitorang pagi pagi sakan main badminton jugak. Huahua tapi lepas tu bantai nasi lemak yg mak dia masak xP tak menjadi jugak lah konon nk exercise pagi2 tu ek. Heheh. Takpelah, yang penting enjoy main. Sayang Ashila. Sobs rindu T_T . Heheh tetiba.

Before I open up my story, here's an inspiration to start your day :)


Suka sangat gambar ni (y). Let the picture talk. Heheh. So actually post ni I nak bercerita. Ngeh ngeh. Pasal apa eh. Hari tu kat ask.fm ada orang mintak ceritakan pasal KISAS kat blog. So I shall grant thou wish. Heheh perasan nk cakap classic pulak. Anyway, bila ada orang suruh cite pasal KISAS, rasa nak tanya balik, nk suh cite tang mana? Haha sbb frankly eventhough 2 tahun je kat KISAS, the stories are more than that. Much more. Macam2 cerita ada. Macam2 memori ada. Tapi for this time maybe cerita secara general la dulu kot.

Kalau dah pernah dengar cerita pasal KISAS, mesti biasa dengar pasal  unique things in KISAS right? Teachers, friends, tarbiyyah, ukhuwah, biah solehah. Hmm waktu mula2 masuk form 4 pun kitorang diperkenalkan dgn benda tu dulu. Tapi.. kali ni tak nak cite pasal tu lagi la. Sbb all those things are deep. Hehehe. Kali ni kita santai dulu.

So what about our life in KISAS secara general? Hmm schedule la ek dulu. Kalau hari sekolah, pagi pagi kena keluar asrama pukul 7.05 minit. Then kumpul kat Dewan Terbuka (COE) pukul 7.10 untuk Ma'thurat and any announcements from teachers or students. Lepas tu terus masuk kelas dan belajar mcm biasa. Kelas kat sana campur muslimin muslimat. But believe me, you'll be shocked with the wide gap between our tables hahaha. Waktu form 4 terkejut sangat. Ye lahh budak smk. Masuk KISAS. Kelas senyap gile. Ngan budak laki takleh pandang. Bila berselisih kat jalan , salah seorang kena back off. Either bagi laluan kat dia atau tukar route lain. Hahaha tak ke terkejut mak oi? But it gets better :) Alah biasa la time form 4 tak faham lagi, bila dah form 5, walk like a pro. Hahah dah tau dah mane selekoh2 maut , dah get ready awal2 dah xP

Rehat form 4 10.25 am, form 5 11.00 am. Form 6 entah lah, tapi mcm lagi awal dr form 5 kot. Hahah. Yg pastinya waktu form 5 mmg tak lepas la pandang jam bila dah after kul 9 tu. Lapar, ngantuk, rasa nak take a break. Hahah mcm2 ada. Lagi-lagi kalau jadual pagi dah addmaths pastu fizik pastu bio hah amek kau. Hahah. Haa lagi satu , waktu rehat ni lg satu pemandangan yg menarik ialah tgk muslimin penuh kat musalla kecik diorang sebelah bilik guru . Klu tgk , gaya diorang cm solat dhuha ni cm jadi kewajipan pulak. Hoho. Salute muslimin. Alaaa muslimat pun rajin je solat dhuha, kan kan. :) 

Lagi satu, alhamdulillah, kat KISAS ni boleh laa nampak kalau hari Isnin dan Khamis kantin mcm lengang semacam je. Hahah. Tapi benda-benda mcm ni tak semua orang nampak. Hanya yg betul betul memerhati dan berfikir je. Sbb tu lah dah cakap dulu, uniques kat KISAS ni tak semua orang boleh nampak. Tapi rugi la bagi orang yg dpt peluang 2 tahun kt KISAS , tapi tak rasa langsung uniknya bumi tarbiyyah ni. 

Lepas tu sambung kelas sampai 2.50 pm. Hahaha mmg horror gila nak tunggu 2.50 pm. Lagi lagi kalau Chemistry waktu last. Chemistry mmg seronok , tapi ngantuk sangaaat. Atau mmg aku sorang je jenis ngantuk dalam kelas? Hahaha nampak sgt xP Lepas tu balik asrama, rushing lunch and solat. Knp rushing? Haa sebab 3.30pm KP dah tutup pagar dah, tggu nk amik nama je. Kurang asam btul Haha. Balik biasanya takyah harap la 2.50, memang akan terlajak 3 lebih jugk. Tapi bila dah lama2 , tau je cane nk work it out kasi sempat ngeh ngeh. 

Lepas tu pegi prep petang, which I usually spend the time sleeping. Haha tak senonoh betul. Bila dah form 5 mcm insaf skit, buat la hmwk skit pastu baru tidur hahaha. Balik 4.30 kot. Then waktu free. Biasanya time ni la ada latihan hoki ke, basket ke, anything la nk buat. Pukul 6.20 pm semua wajib turun DM, dinner makan berjemaah. Sblm makan ma'thurat dulu. Hahahaha waktu awal form 4 dulu lawak gila. Mana la nk tau ma'thurat dulu before makan, ingtkn akak akak ni hafal quran ke apa. Hehek. Baca ma'thurat rupanya xP Yg bestnya kat DM ni tkleh bising. Like tkleh ada bunyi langsung. Kerusi pun kena angkt. Tapi... Hmm mcm tu lah. Selalu markah rumah kena demerit sbb bising haha. Bising kerusi la pinggan la.. Hadoi.

And oh yes, kat DM kena pakai lengkap. Lengkap tu maksudnya dgn stokin semua, faham2 la ek. Lagi satu, lengkap tu maksudnya pakai bj kurung. Kalau time dinner kena siap pakai baju prep dah hoho. Lepas dinner, pegi musalla. Sampai solat isyak. Macam macam la pengisian yg BADAR buat. Kadang-kadang TJN (Naqibat-naqibat) buat minggu special. Tazkirah, tahsin alquran, tayangan. Macam macam lah. InsyaAllah banyak pengetahuan dapat. Haa malam jumaat malam usrah. So masuk la usrah dgn naqibat terchenta :)

Then prep malam sampai pkul 10.30pm. Waktu prep asing muslimin muslimat. Seronok. Boleh buat macam2 gaya hahaha. tido mcm2 gaya. Balik prep, supper, then suka hati lah nak buat apa. Yg penting, sblm tido liqa' almulk dulu. Utk liqa' baca bacaan lazim, then surah al mulk and surah al hasyr ayat 21 ila akhir. 

Mcm bosan je post ni. Hahah whatevaaa. Im trying to remind myself too. Taknak lupa semua ni. Taknak lupa hidup kat kisas mcm mane. Sbb indah sgt. Pada bumi tu sendiri ada ketenangan . Bagi mereka yg menghayati. Pada bumi itu banyak memberi. Bagi yg ingin menerima. Ya Allah, rindu :')

Alhamdulillah, transit terindah :"D







Credits: Steffanie|Tutorials|Tumblr inspired layout